Nev3rLand Ragnarok Online
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Nev3rLand Ragnarok Online

Welcome to Nev3rLand Ragnarok Online's forum!
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Halloween is approaching to Nev3rLand, all players can enjoy the double experience and double drop rate in the servers!

 

 Tora Aman Doraemon - Fujio.F.Fujiko

Go down 
AuthorMessage
FallenAngel
Ex-GameMaster



Number of posts : 6
Age : 32
Character Job : Baby Priest
Guild : GM's Team
Registration date : 2008-10-04

Tora Aman Doraemon - Fujio.F.Fujiko Empty
PostSubject: Tora Aman Doraemon - Fujio.F.Fujiko   Tora Aman Doraemon - Fujio.F.Fujiko Icon_minitimeThu Oct 23, 2008 5:30 pm

Tajuk: Perisa Susah Payah


FallenAngel: *Nobita sedang duduk di depan meja untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi dia tidak berusaha langsung dan duduk di meja tulis dan tunggu masa berlalu. Dia juga tidur di depan meja dan buat benda lain sambil bersiul.* ho

Nobita: Masa sudah sampai! Sudah duduk 1 jam, boleh keluar bermain!

FallenAngel: *Ayah Nobita masuk ke biliknya dan lalu berkata...*

Ayah: Mengapa awak tak mahu rajin belajar? Sudah lama perhatikan kau.

Nobita: Minta maaf! Cuba cakap dengan ringkas sedikit. Sebab beri ajaran sangat membosankan, nanti tak ada orang nak lihat komik ini...

Ayah: Hm! Saya tetap nak cakap! Saya perhatikan awak buat setiap kerja. Saya dapati kau selalu elak buat kerja yang susah. Dan pilih jalan yang mudah, macam air mengalir ke tempat yang rendah...

Ayah: Ini tak bagus! Bila kau sedar nanti sudah terlewat! Ada setengah orang terpaksa menanggung beban seumur hidup. Dan ada setengah orang hidup senang-lenang! *Bercakap dengan marah dan nada yang teruk*

Ayah: Kata pepatah: [ Kesusahan ialah tangga kejayaan ]. Ini bermakna, orang yang berjaya harus melalui penderitaan. Pernah ada orang berdoa kepada bulan dan berkata [ Berilah saya kesusahan! ] Iaitu seorang pahlawan terkenal!

Ayah: Dia harap sendiri boleh menghadapi banyak kesusahan. Ada sebuah lagu [ Saya bermandi peluh demi kejayaan! ] Awak pernah dengar? Itu bermakna, tak kira betapa susah! Saya sedia hadapi dengan tabah!

Ayah: Orang dahulu selalu berlatih sendiri macam ini. Kalau awak lelaki, jangan awak selalu mengelak! Hadapi kesusahan dengan berani! Tahukah? *Cakap dengan nada yang geram*

Nobita: Hm! *Muka yang serius* Saya... Setelah dengar kata-kata awak, saya mulai sedar! *Dengan muka yang penuh bersemangat* Saya akan rajin! Hadapi apa jua! Saya.... Saya....

Ayah: Saya sungguh gembira.

Nobita: Saya nak berjaya!

Doraemon: Cepat berubah....

Nobita: Doraemon, keluarkan! Ayah kata....

Doraemon: Kesusahan? Boleh memang boleh.... Awak betul mahu?

FallenAngel: *Doraemon keluarkan alat ajaib. Nama alat tu adalah "Perisa bersusah payah!*

Doraemon: Tak kira buat apa akan menghadapi banyak rintangaan. Cuba rasa sedikit.

FallenAngel: *Nobita cuba makan benda itu*

Doraemon: Cukup!

Nobita: Cukup?

Doraemon: Cubalah tengok! Nak buat apa?

Nobita: Itu... Makan snek!

Doraemon: Tak begitu mudah!

Nobita: Tak kira betapa susah, saya akan menghadapinya! Makanlah kuih tepung!

Mak: Nobita! Sudah cuci tangankah?

Doraemon: Sudah mula.

Nobita: Saya tak akan putus asa.

Mak: Cuci dengan sabun!

Nobita: Tahulah! Bising!

FallenAngel: *Lepas tu, Nobita dan doraemon pergi ambil sabun*

Nobita: Eh? Tak ada sabun!

Mak: Betul! Sudah habis, pergi beli!

Ayah: Tolong ambil balik peralatan golf dari rumah pakcik.

Nobita: Cuma nak makan snek saja, begitu susah.... Tapi, saya tak akan putus asa!

FallenAngel: *Kebetulan kedai runcit tutup hari ini*

Nobita: Hari ini rehat? Saya tak akan mengaku kalah! Tetap nak menghadapi segala kesusahan! Mesti makan kuih tepung! Ada! Walaupun jauh dari bandar... Terpaksa jalan 1km! Tapi, dari sini ke rumah pakcik....

FallenAngel: *Masa berlalu setengah jam. Tiba di rumak pakcik*

Pakcik: Nak ambil peralatan golf? Awak boleh ambil?

Nobita: Peralatan golf begitu beratkah? Angin kencang.... Hidup aku bagaikan menanggung beban yang berat.

FallenAngel: *Nobita mengangkat peralatan golf itu dengan susah. Sambil berjalan balik ke rumah sambil berpeluh! Lagi pun pasir masuk mata!*

Nobita: Tak akan putus asa! Saya tak larat lagi! Mengaku kalah sajalah!

FallenAngel: *Tiba di rumah. Nobita berasa letih dan baring di atas lantai.*

Doraemon: Sungguh berani! Buat kerja dengan baik! Nobita!

FallenAngel: *Akhirnya, Nobita dapat makan kuih tepung tersebut*

Doraemon: Bersusah payah baru dapat makan, rasanya sedap?

Nobita: Tapi.... Cuma nak makan kuih, saya ada satu soalan.

FallenAngel: *Nobita pergi ke bilik ayahnya lalu bertanya*

Nobita: Buat apa nak begitu susah payah...

Ayah: Awak memang tak faham...

Nobita: Ayah kata macam ini. Selapas makan perisa ini, fikiran awak akan ubah.

Ayah: Bagi saya!

FallenAngel: *Ayah Nobita sudah makan perisa tersebut*

Doraemon: Ah! Makan terlalu banyak!

Nobita: Akan hadapi banyak ...

Ayah: Orang dahulu memang macam ini! Saya tak takut!

FallenAngel: *Ayah Nobita ingin menghisap rokok tapi pemetik api sudah...*

Ayah: Gas pemetik apa sudah habis.

FallenAngel: *Ayah Nobita tanya kepada mak Nobita..*

Ayah: Mancis pun sudah habis. Pergi beli di depan perhentian keretapi.

Nobita: Hari ini cuti awam.

FallenAngel: *Kebetulan masa tu hujan. Ayah Nobita tanya kepada mak Nobita..*

Ayah: Payung letak di mana?

Mak: Payung? Awak letak di rumah kawan tak ambil balik.

Nobita: Macam mana?

Doraemon: Tak mahu merokok lagi! Heh

Ayah: Tak boleh! Lelaki kena buat kerja dengan tegas!

FallenAngel: *Ayah Nobita menggunakan 2 batu untuk menghidupkan api. Seperti orang dulu.*

Doraemon: Hidup ini memang susah!

Nobita: Kena buat macam inikah?

<< Tamat >>
Back to top Go down
 
Tora Aman Doraemon - Fujio.F.Fujiko
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Nev3rLand Ragnarok Online :: Entertainment :: Inspirations, Thoughts, Poems, & Saying's :: Malay Section-
Jump to: